Nasional

Punca lelaki ditemukan cedera di bahagian kepala masih disiasat

POLIS masih menyiasat punca yang mengakibatkan seorang lelaki terbaing dengan kecederaan di bahagian kepala di hadapan rumah di Taman Tasik Semenyih, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.10 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, dia menemukan seorang lelaki berusia lingkungan 30 tahun dalam keadaan kritikal kerana mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan kini masih dalam rawatan dan tidak dapat memberikan keterangan berhubung kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes masih dalam siasatan dan pihaknya percaya berdasarkan keadaan tempat kejadian dilihat seolah-olah mangsa terbabas dengan keadaan motosikalnya.

Jelasnya, siasatan polis menjurus ke arah dua elemen siasatan sama ada terdapat perlakuan jenayah atau berpunca daripada kemalangan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan balai polis terdekat atau berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Farah Dayana di talian 019-6575226. -SM

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button