fbpx
Nasional

Pekerja sendiri perlu dapatkan surat kebenaran polis elak dikompaun

PENJAJA makanan atau mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai surat pengesahan bekerja daripada majikan perlu memohon surat kebenaran rentas daerah atau negeri dari polis untuk mengelak dikenakan kompaun.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan surat tersebut, mereka boleh melepasi setiap sekatan jalan raya yang diadakan pihak berkuasa.

“Untuk mempermudahkan penjaja atau mereka yang bekerja sendiri ini, saya nasihatkan pergilah ke balai polis untuk dapatkan surat kebenaran rentas daerah atau negeri.

“Saya faham kerana mereka tidak mempunyai majika yang boleh mengeluarkan surat untuk mengesahkan mereka bekerja.

“Jadi dengan surat tersebut, mereka boleh melepasi setiap sekatan jalan raya untuk urusan mereka,” katanya dalam sidang akhbar harian.


Dua hari lalu, portal Malaysia Kini melaporkan seorang peniaga kedai makan di Jinjang Utara dikenakan kompaun RM1,000 dalam satu sekatan jalan raya ketika ingin pulang ke rumahnya.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, memberitahu peniaga tersebut, Goh Yong Thai pergi ke sebuah kedai di Segambut selepas habis waktu perniagaannya untuk membeli makanan bagi dibawa pulang.

Semasa dalam perjalanan pulang, katanya, Goh ditahan di sekatan jalan raya berhampiran SJK(C) Khai Chee di Jalan Segambut. Di situ Goh diminta menunjukkan surat kebenaran oleh polis.

Disebabkan bekerja sendiri sebagai pemilik gerak yang tinggal dan berniaga di Kuala Lumpur, dia tidak memiliki surat kebenaran berkenaan.

Gagal menunjukkan dokumen tersebut, polis yang bertugas menganggap Goh melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan dikenakan kompaun RM1,000. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button