Politik

PRN Sabah: 447 calon bertanding, kutip RM3.58 juta deposit

Analisis

DALAM pilihan raya, siapa yang dapat undi terbanyak, dialah pemenangnya. Itu jawapan mudah menyentuh soal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Tetapi, hendak jangkakan siapa yang menang, mana-mana pilihan raya sekalipun sukar dijangkakan kecuali saat-saat akhir kita dapat lihat momentum sokongan.

Bagaimanapun, PRN Sabah ini menyaksikan pertandingan yang cukup meriah apabila banyak parti dan calon bebas bertanding.

Malah setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) wujud pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru.

Tetapi, ada juga DUN yang menyaksikan persaingan sehingga 10 dan 11 penjuru seperti di N.18 Inanam dan N.02 Bengkoka.

Parti Cina Sabah (PCS) adalah parti yang bertanding di kesemua 73 DUN.

Sementara parti kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing merebut 40 dan 29 kerusi.

Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menyokong PN pula bertanding di 15 kerusi.

Parti kerajaan dan PBS yang diletakkan bawah Gabungan Rakyat Sabah itu meletakkan jumlah keseluruhan 84 calon.

Ini bermakna ada 11 kawasan yang mereka akan bertembung sesama sendiri.

Sementara parti Kerajaan Negeri, Parti Warisan Sabah (Warisan) pula bertanding di 54 kerusi.

Agak-agak siapa yang bakal dipilih untuk membentuk kerajaan? Sukar diramal kerana hampir semua parti ada calon ‘heavyweight’ dan bertanding di pada jumlah kerusi majoriti.

Justeru, wujud persaingan sengit dalam PRN Sabah dan kalau menangpun pasti sukar untuk mendapat majoriti yang besar daripada pengundi.

Ini kerana selain Inanam dan Bengkoka, beberapa kawasan lain turut melihatkan pertandingan lebih tiga penjuru.

Terdapat lima DUN, ada empat penjuru, lima penjuru (15 DUN), tujuh penjuru (13 DUN), lapan penjuru (enam DUN) dan sembilan penjuru (tiga DUN).

Persaingan enam penjuru adalah paling banyak kerana melibatkan 26 DUN.

Jumlah keseluruhan calon yang bertanding di kesemua 73 DUN daripada pelbagai parti dan calon bebas adalah seramai 447 orang.

Melihat kepada jumlah deposit yang dikumpulkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula pasti cukup besar kerana melibatkan begitu ramai calon.

Berdasarkan kiraan deposit RM5,000 bagi pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan RM3,000 untuk bahan kempen, sebanyak RM3,576,000 dikumpulkan.

Ramai yang meramalkan, sejumlah besar deposit akan hangus kerana mereka yakin parti-parti yang besar dan dominan akan menang.

Justeru, terdapat lontaran pandangan persaingan antara Gabungan Rakyat Sabah dan Warisan merupakan paling kritikal.

Bermakna parti-parti lain dan calon bebas kemungkinan akan tenggelam dan hilang deposit.

Kalau sembang dengan orang bisnes dan peramal ekonomi, mereka kata Warisan berpeluang untuk terus menerajui kerajaan negeri.

PRN Sabah kini memulakan sesi kempen selama dua minggu selepas penamaan calon selesai semalam.

Pilihan raya dijadualkan berlangsung pada 26 September sementara hari pengundian awal pula pada 22 September. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button