Uncategorized

Presiden adalah pusat graviti kepada parti – Asyraf Wajdi Dusuki

Presiden adalah pusat graviti kepada parti dan Presiden UMNO bukanlah individu tetapi sebuah institusi.

Bagi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, sekianya lemah institusi Presiden, lemahlah organisasi.

“Dalam ilmu Sains Politik, ada satu teori yang dikenali sebagai ‘Centre of Gravity Theory’ atau Teori Pusat Graviti.

“Menurut teori ini, kekuatan ataupun kelemahan sesebuah organisasi terletak kepada institusi kepimpinannya.

“Sekiranya pusat graviti ini dilemahkan atau dirosakkan, maka sebesar-besar planet pun boleh hancur kerananya,” katanya.

Asyraf berkata demikian dalam Ucapan Dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2022.

“Sebab itulah strategi menyerang peribadi pemimpin, membunuh karakter pemimpin, dan menghancurkan kredibiliti pemimpin adalah senjata paling ampuh bagi melemahkan dan menundukkan mana-mana
organisasi.

“Buktinya jelas di hadapan kita. Daripada PRU-14 hinggalah PRU-15, kedua-dua kepimpinan tertinggi parti dibunuh kredibilitinya, dan diwajahkan dengan persepsi hodoh akibat pendakwaan politik terpilih
dengan begitu dahsyat hingga mengakibatkan UMNO jatuh tersungkur,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button