Politik

Isham cabar mereka yang nak bertanding lawan Presiden, umum awal-awal

“TAK ada gunanya awak nak sorok-sorok. Kalau nak bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, bagitau awal-awal. Kalau berhasrat nak bertanding dua jawatan tertinggi dalam parti, cakap sahaja kerana kita tidak menghalang sesiapapun yang nak bertanding,” kata Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil kepada pemberita dalam sidang akhbar pada Perhimpunan  Agung UMNO (PAU) 2022 yang masuk hari kedua, hari ini.

Dalam sidang akhbarnya selain melawat Laman Media dan bertemu pengamal media yang membuat liputan PAU2022 di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, Isham berkata, mencabar dua jawatan tertinggi dalam UMNO memberi kesan kepada parti kerana kedua-dua mereka iaitu Presiden dan Timbalan Presiden UMNO baharu sebulun duduk dalam kerajaan.

“Saya lihat Kerajaan Perpaduan ini sangat rapuh. Datuk Seri Presiden dan Timbalan baharu dilantik dalam kerajaan dan bukan senang untuk UMNO berada dalam kerajaan selepas Barisan Nasional (BN) kalah teruk pada PRU14 dan PRU15.

“Tetapi seperti yang saya katakan tadi, kita tidak menghalang sesiapa sahaja yang mahu bertanding dan ini tidak mengganggu amalan demokrasi dalam parti,” katanya.


Beliau berkata, 140 bahagian daripada 191 bahagian menyatakan jawatan Presiden dan Timbalan tidak perlu dipertandingkan buat sementara.

“Itu yang diberitahu oleh 140 bahagian dan kalau kita tengok, jumlah itu melebihi dua pertiga. Walau bagaimanapun, esok dan lusa adalah hari penentu daripada akar umbi parti sama ada jawatan-jawatan termasuk jawatan majlis tertinggi dipertandingkan atau tidak,” jelas beliau.

Menyentuh tentang ahli UMNO yang dilihat sebagai pengkhianat dalam parti, adakah perlu disingkirkan, kata Isham, “dalam parti ada Perlembagaan. Kalau ada ahli yang melanggar disiplin, akan digantung keahlian mereka.

“Setakat ini kita tahu dua ahli digantung keahlian iaitu Arau dan Tanah Merah.”

Melihat ke hadapan, Isham berkata, persidangan kali ini juga akan memberi perhatian kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Daripada enam negeri yang bakal berhadapan dengan PRN hanya dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu yang belum sempat saya lawati kerana masalah banjir.

“Jadi sama ada UMNO akan bersama Pakatan Harapan (PH) berhadapan dengan PRN nanti, itu masih belum dibincangkan,” katanya. – SM

 

Pelantikan TPM dari UMNO secara melulu boleh pecah-belahkan parti

 

 

Isham main tembak peluru kapur, tidak menunjukkan sikap seorang graduan Harvard

 

(Visited 189 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button