Nasional

PPP tingkatkan pengeluaran bekalan makanan negara

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi Program Peningkatan Pendapatan (PPP) bagi meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar serta pengeluaran bekalan makanan untuk negara.

Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, konsep PPP di bawah agensi KPLB akan dikembangkan termasuk dalam meningkatkan pengeluaran makanan untuk negara.

“Pada masa kini, program PPP lebih bertumpu kepada pemberian bantuan mesin, peralatan, bahan mentah serta bimbingan bagi masyarakat B40 luar bandar menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan di bagi meningkatkan pendapatan dan mengeluarkan masyarakat daripada belenggu kemiskinan.

Kumpulan sasar adalah golongan berpendapatan rendah kategori B40 dan menetap di luar bandar”, ujar Abdul Rahman.

“Kerajaan kini sedang giat dalam meningkatkan pengeluaran bekalan makanan bagi menampung jaminan makanan (food security) dalam negara.


Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad ketika berucap pada Program Pendampingan dan Penyampaian [email protected] Daerah Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah hari ini. Foto: UKK KPLB

Justeru, PPP akan dijadikan mekanisme bagi memastikan masyarakat luar bandar turut menceburi bidang pertanian, perikanan dan penternakan untuk menambah pengeluaran makanan dalam negara”, ujar Abdul Rahman lagi.

Beliau menambah, pada masa kini program PPP lebih bertumpu kepada perniagaan secara kecil-kecilan seperti jualan makanan dan minuman serta perkhidmatan seperti jahitan, gunting rambut dan perusahaan spa dan kecantikan wanita.

“Bagi masyarakat luar bandar terutama B40 yang sedang melaksanakan bidang pertanian, perikanan dan perternakan, PPP ini dilihat mampu untuk meluaskan serta mengembangkan lagi aktiviti sedia ada ke arah penghasilan output dalam skala yang besar.

Sebagai contoh menerusi PPP, penternak ayam boleh membesarkan lagi reban ternakan ayam bagi menambah kuantiti ayam sedia ada dan petani sayur-sayuran boleh menggunakan mesin dan peralatan yang lebih canggih untuk meningkatkan hasil sayur-sayuran seterusnya boleh dipasarkan kepada pihak FAMA atau dijual sendiri”, ujar beliau lagi.

Abdul Rahman berkata demikian ketika hadir pada Program Pendampingan dan Penyampaian [email protected] Daerah Kuala Muda.

Turut hadir pada program tersebut Pegawai Daerah Kuala Muda, Datuk Md Shuhaime Abd. Rahman, Timbalan Pengurus Besar Operasi KEDA, Khairul Azmeer Abu Bakar dan Timbalan Pengurus Besar Pengurusan KEDA, Hajah Afifah Haji Omar.

Pada program tersebut, KPLB menerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menyerahkan Warung [email protected] dan peralatan untuk perniagaan kepada 21 orang usahawan yang layak melibatkan peruntukan berjumlah RM 196,417.00.

Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad menyerahkan bakul makanan kepada sejumlah 96 orang penerima yang terdiri daripada penduduk Desa KEDA Tepi Sungai Daerah Kuala Muda pada majlis tersebut. Foto: UKK KPLB

Abdul Rahman turut menyerahkan bakul makanan kepada sejumlah 96 orang penerima yang terdiri daripada penduduk Desa KEDA Tepi Sungai Daerah Kuala Muda bagi membantu meringankan beban KIR yang berada dalam penempatan desa KEDA.

“KEDA sebagai sebuah agensi KPLB menerima peruntukan berjumlah RM 800,000.00 bagi program PPP akan terus memainkan peranannya merancang dan melaksanakan pembangunan bersepadu melalui pelbagai program komprehensif dalam membantu meningkatkan taraf hidup, kehidupan dan sosio ekonomi masyarakat luar bandar.

Selain itu, agensi-agensi lain di bawah KPLB akan terus melihat pendekatan-pendekatan lain dalam memastikan masyarakat luar bandar terus dibela dan diberi keutamaan menerusi pelbagai inisiatif, bantuan dan projek-projek berskala besar dan kecil khususnya infrastruktur, pendidikan dan keusahawanan di luar bandar. – SM

Baca artikel ini > 160 penduduk terima geran penempatan Desa KEDA

(Visited 27 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button