Politik
Trending

Potong gaji pegawai tinggi kerajaan, swasta

KERAJAAN disaran menimbang untuk memotong gaji Menteri, Ahli Dewan Rakyat dan Negara serta lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Idea tersebut dicadang untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentang pada Jumaat (6 November) ini di Dewan Rakyat.

Beberapa peratus dicadang untuk dipotong, berbeza Menteri, Ahli Parlimen dan Dewan Negara termasuk Yang Dipertua dan Timbalannya, lembaga pengarah GLC dan pengurus badan berkanun.

Pemotongan itu disifatkan sebagai langkah rasionalisasi peringkat nasional dalam membantu negara dan rakyat menghadapi krisis ekonomi akibat koronavirus (Covid-19).

“Potongan separuh daripada gaji Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri, Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Potongan sebanyak 25 peratus daripada gaji dan elaun Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“30 peratus gaji dipotong bagi Potongan gaji sebanyak 30% bagi semua ahli lembaga pengarah GLC dan Pengurus – Pengurus Eksekutif badan berkanun.

“Dalam keadaan serba sempit ini, di sarankan bagi semua Menteri-menteri dihadkan kepada hanya satu jawatan Pegawai Khas sahaja.

“Ini adalah kerana ada sesetengah Menteri mempunyai lebih daripada satu pegawai khas dan gaji dan elaun mereka di tampung oleh pihak kerajaan. Ini adalah satu pembaziran yang boleh dielakkan.”

Demikian cadangan dikemukakan Ketua Pergerakan Wira Putra, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Nasrul Ali Hasan Abdul Latif dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu beberapa cadangan lain turut dikemuka untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2021 seperti meningkatkan jumlah Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pemberian elaun khas bagi membantu siswazah yang masih menganggur.

“Pemberian Elaun pengangguran berjumlah RM500 sebulan kepada siswazah yang tamat pengajian perlu disalurkan kepada mereka selagi mana ada ancaman Covid-19.

“Memperkasa gerakkan koperasi menyatukan dan mendagangkan hasil Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Mewujudkan peluang pekerjaan luar bandar dengan memberi graduan dan anak muda mengusahakan tanah terbiar di luar bandar untuk mengukuhkan food security.

“Permudahcara dan kurangkan birokrasi untuk rakyat yang baharu mula berniaga bagi menjana pendapatan dalam mendapatkan tapak dengan sewaan bersesuaian, kelulusan lesen bertempoh.

“Pengecualian cukai bagi syarikat yang menceburi bidang Revolusi Induystri (IR) 4.0 selama dua tahun bagi menggalakkan pembangunan digital dengan lebih cekap dalam semua sektor,” katanya.

Turut ditekankan adalah berkaitan pendidikan seperti pendidikan teknikal, vokasional dan latihan (TVET) bagi memberi peluang lebih banyak kepada belia menyertai bidang tersebut.

Walau bagaimanapun, Wira Putra memaklumkan pemberian bantuan kewangan secara one-off tidak sesuai untuk jangka masa panjang kerana ia akan terus melemahkan rakyat. – SM

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button