Bola SepakSukan

Polis tahan kanak-kanak 12 tahun hantar mesej rasis kepada Zaha

POLIS di West Midlands England mengesahkan menahan kanak-kanak berusia 12 tahun selepas Wilfried Zaha menjadi sasaran buli perkauman di sosial media sebelum perlawanan Crystal Palace menentang Aston Villa pada Ahad.

Zaha telah berkongsi tangkapan skrin mesej tersebut yang dihantar ke instagramnya pada pagi Ahad, termasuk daripada seorang ahli kumpulan supremasi kulit putih Ku Klux Klan.

“Dikejutkan dari tidur dengan ini,” tulis Zaha.

Mesej itu dikecam oleh pengurus Palace, Roy Hodgson, sementara Villa berkata mereka bekerjasama dengan polis dan tidak akan membenarkan individu berkenaan masuk ke stadium seumur hidup.

Kenyataan daripada polis mengesahkan mereka mengambil tindakan tegas.

“Kami peka dengan beberapa siri mesej perkauman yang dihantar kepada pemain bola sepak hari ini dan selepas melakukan pemeriksaan kami menahan seorang kanak-kanak lelaku,” kata polis. – TheGuardian

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button