Politik
Trending

Henti nilai keupayaan melalui kaum, ‘Melayu malas’ – Anwar

PENILAIAN terhadap keupayaan dalam sesuatu kaum yang akhirnya menjustifikasi melalui satu persepsi tidak benar kepada masyarakat harus dihentikan.

Hal demikian termasuklah stigma mengatakan ‘Melayu Malas’ atau ‘Cina kaya’ yang kerap dimainkan pemimpin tertentu dalam meraih sokongan politik.

Stigma yang pernah dimomokkan oleh penjajah barat dahulu itu perlu dihentikan dengan menilai semula kekuatan dan keupayaan melalui perpaduan kaum.

“Saya menegaskan bahawa menilai keupayaan satu-satu kaum melalui lensa perkauman sempit mesti dihentikan.

“Teori yang gigih disuguhkan kepada kita bahawa ‘Melayu malas’ atau ‘Cina kaya’ adalah leteran yang dangkal dan sempit.

BACA > Angkara dadah, lelaki sanggup pukul ibu — Suara Merdeka

“Seperti sejarah di Filipina, tokoh kemerdekaan José Rizal membenam gejala sterotaip penjajah Sepanyol dalam penulisannya ‘The Indolence of the Filipino’.

“… dengan berhujah bahawa keupayaan warga Filipina ditekan dengan tidak adanya peluang pendidikan dan kebebasan yang diberikan.”

Demikian kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Facebooknya malam tadi mengulas hujahannya dalam Dewan Rakyat semalam.

Dalam hujahannya itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu mahu justifikasi dan persepsi sedemikian terhadap kaum dihentikan terus.

Katanya, masyarakat perlu dibawa keluar daripada pemikiran sempit sedemikian menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Selayang, William Long Jee Keen.

https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/281530406503786/?__xts__[0]=68.ARCeyTs5yTYRGOG6gXUGndypWTVStnWCdPOzAO7Xg1vsDOUBVZ5HfbLH7MpPvzJtxOxl5zhl-03GGtNxydNLEKv6CafybKsyYWxSZPp7hNk8CmWZq2qaEw7pnzPq_SOti628m5gwkh9bR7E-xWvpjxCu1yi4n6VxFHJQJ5B4D1LeOcgk1s-FKyVfeGVI3uZrHyHFLYFbeCfc9zvbjNEm8ghXXEkk8eKQV9pY2-87ki8zKhPPydTDsu6wUsYg8q2qKCtwsiwsF0x7UVr1qNNfbCvu2zJjjYvETlWyCX8tRzfBEAgpjd22SmxlYFWJtJythnLQ4OlnTWVQ_DqLVcXVMGdbuYY&__tn__=-R

“Ini sebenarnya dangkal atau jahil, sebab memang ada ramai Cina kaya tetapi saya tahu pengalaman di Permatang Pauh dahulu dan sekarang di Port Dickson.

“Ada juga Cina miskin. Jumlah Melayu besar, tetapi apabila kita sebut kemiskinan, Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan miskin. Jadi harus ada usaha tangani masalah tersebut.

BACA > Mohamad Ariff buktikan beliau adil – Mat Sabu — Suara Merdeka

“Selayang, buku Syed Hussin Al Attasi itu ‘The Myth of Lazy Native’ mitos pribumi malas dia menyanggah sebenarnya konsep kolonial.

“Penjajah ini punyai mantera yang tetap bahawa semua indigenous tribe ini malas. Dijawab oleh José Rizal pejuang Filipina, menjawab prasangka oleh penjajah Spanyol.

“Dan masalah kita disini ialah, pandangan ini (stereotaip) menjangkiti rakyat Malaysia.

“Malah ada, cendekiawan, profesion Melayu juga memberikan andaian yang sama, teori malas, tidak mahu bekerja.

“Tanpa menekankan apa yang umpamanya John Rawls… menyebut bahawa justice is fairness. Beri ruang dahulu, kesempatan dan ruang kepada mereka (miskin) dia tak kerja buang mereka.

“Tetapi, belum kita beri kemudahan kepada mereka, sekolah pun robek, kemudahan tak diberikan kemudian kita berikan leteran tentang sikap mereka.

“Kita harus lebih matang, lebih bertanggungjawab,” ujar Anwar.

Terdahulu, Suara Merdeka memetik laporan Berita Harian pada 8 Oktober 2019 memberitau bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan pendirian bahawa kaum Melayu malas.

Pendirian bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilontarkan ketika berucap dalam Kongres Maruah Melayu yang diadakan di Shah Alam, Selangor.

BACA > Labelkan Melayu malas antara kesilapan taktikal PH ketika memerintah — Suara Merdeka

“Saya dapati ada orang tak nak kerja, maknanya dia tiada minat. Kalau kita tak boleh tegur orang, macam mana kita nak betulkan orang?” kata Dr. Mahathir. – SM

 

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button