Polis sahkan dua pegawainya dipanggil SPRM
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.
Menurut Acryl Sani, pihaknya masih menunggu sama ada dua pegawai itu ditahan di atas pengubahan wang haram yang sedang disiasat oleh SPRM sekarang atau kes lain.
“Saya tidak boleh ulas lanjut berkenaan siasatan SPRM ini dan perlu menunggu dan menerima laporan dari sana dahulu,” katanya.
Acryl Sani berkata, SPRM akan memaklumkan kepada Bukit Aman mengenai perkembangan kes tersebut dalam masa terdekat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan polis.
Beliau berkata, pihaknya juga kini sedang menyiasan sama ada pegawainya terbabit aktiviti jenayah tersebut atau tidak.
“Setakat ini, JIPS Bukit Aman diberi tanggungjawab untuk menyiasat perkara tersebut,” katanya. -SM