fbpx
Nasional

Polis Arab berang, Sajat mungkin ditangkap ketika keluar melalui Madinah

SAJAT kemungkinan ditangkap ketika hendak keluar pulang ke tanah air melalui Madinah.

Difahamkan polis Arab berang dengan perbuatan  ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat ketika mengerjakan umrah dengan berpakaian seperti wanita.

Bukan saja Sajat, terdapat dua lagi dua ahli kumpulan yang dibawa oleh agensi Albayt Travel turut melakukan perbuatan yang sama dan menunjuk-nunjuk di media sosial.

Mereka melakukan itu tanpa menyedari larangan dan undang-undang Arab Saudi yang sangat tegas terhadap perbuatan sedemikian.


Sementara itu BH Online melaporkan Albayt Travel meminta Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka khususnya kepada umat Islam di tanah air, susulan kekecohan dan kecaman terhadap video yang dimuat naiknya ke media sosial, baru-baru ini.

“Setakat ini, Nur Sajat hanya menjawab meminta tunggu sehingga dia kembali ke tanah air.

“Pihak kami terutama mutawwif cuba berhubung dengan ibu bapanya, kerana hanya keluarga terdekat yang mengetahui status jantinanya.

“Bagaimanapun, ibu bapa Nur Sajat juga agak sukar diajak berbincang,” katanya.

Petang ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jantina usahawan berkenaan.

Show More

Related Articles

Back to top button