Luar Negara

Jangan perasan Melayu di Malaysia ada priority – Sajat

USAHAWAN kosmetik yang melarikan diri ke Australia daripada dikenakan tindakan undang-undang, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mahu orang Melayu supaya tidak perasan mempunyai priority atau keistimewaan di Malaysia.

Beliau yang baru-baru ini mengakui dirinya seorang transgender, mempersoalkan sama ada orang Melayu turut membayar cukai.

Dalam hantaran terbaharu di media sosial, Sajat turut meminta, pemerintah supaya hanya memberi fokus untuk memajukan negara sahaja tanpa sibuk mengambil tahu agama penduduk.

“Negara hanya perlu buat kerja dia, memajukan negara tu sendiri, macam company. Orang bayar tax ni macam yuran la. Negara tu perlu untuk bangunkan economi dan jadi yang the best.

“Kebajikan rakyat perlu dijaga tak kira sapa, agama, kaum. Dok Malaysia tu jangan perasan Melayu ada priority, semua manusia sama sahaja, Cina bayar tax India bayar tax, kau Melayu bayar ke tax?” katanya.

Sementara itu, Sajat yang sebelum ini dicari pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor berkata, dia masih lagi seorang Islam.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mahu agamanya didaftarkan kerana agama adalah bersifat peribadi.

“Saya masih islam tapi saya tak nak agama saya register di mana mana negara, mana mana negara tak perlu pun nak tahu pasal agama penduduknya sebab agama adalah personal.

“Pasal mati, tanam kubur, kat mana mana boleh mati, kalau tanam pun kat mana mana bumi Allah, kalau nak cakap ikut Islam la. So tak payah soal benda benda tu semua,” tambahnya.

Dalam pada itu, Sajat menegaskan dirinya bukanlah seorang yang jahat.

Cuma menurut beliau, dia hanya suka bergaya dan berpakaian seksi. Dia hanya mahu ‘noty-noty’ sebagai seorang wanita dan berharap masyarakat tidak terus mengecam dirinya.

Menurut Sajat, dia akan meneruskan kehidupannya sebagai seorang transgender.

“Yang penting sajat tetap nak pakai apa apa pun yang Sajat suka. Saya suka bergaya dan suka pakaian seksi-seksi. So please jangan kecam.

“Sajat tak jahat, just noty noty wanita tak bersalah dosa jer. Sorry semua. Sajat kena teruskan kehidupan sajat sebagai transwomen. Thank you,” katanya.-SM

(Visited 446 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button