fbpx
Nasional

Muhammad Sajat telah dibawa keluar dari Mekah

USAHAWAN kosmetik kontorversi Muhammad Sajat Kamaruzzaman telah dibawa keluar daripada Mekah susulan kontroversi yang dicetuskan oleh beliau.

Agensi yang membawa Muhammad Sajat bagi mengerjakan umrah, Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata tindakan membawa Muhammad Sajat keluar daripada kota suci umat Islam itu terpaksa dilakukan selepas beliau mendapat perhatian daripada banyak pihak di sana.

“Kami sudah meminta mutawwif membawa keluar rombongan Nur Sajat seramai 10 orang (termasuk mutawwif) keluar dari Makkah. Mereka dibawa untuk sesi lawatan di sekitar Madinah.

“Setakat ini, sukar untuk mendapat kerjasama Nur Sajat, sebaliknya perbincangan lebih banyaj menerusi pembantu peribadinya,” kata jurucakap agensi tersebut kepada Berita Harian, hari ini.

Usahawan kosmetik itu mencetuskan perasaan tidak senang umat Islam apabila memakai pakaian wanita di Mekah dan kemudiaannya berkongsi di media sosial.


Gambar beliau kemudiannya menjadi tular dan menyebabkan pelbagai pihak mengecam tindakannya yang tidak menghormati syarat wajib ketika mengerjakan umrah di Mekah sekaligus menghina kota suci umat Islam itu.

Sementara itu usaha Albayt Travel juga telah meminta Muhammad Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam dengan segera tetapi tidak diendahkan oleh usahawan itu.

“Setakat ini, Nur Sajat hanya menjawab meminta tunggu sehingga dia kembali ke tanah air.

“Pihak kami terutama mutawwif cuba berhubung dengan ibu bapanya, kerana hanya keluarga terdekat yang mengetahui status jantinanya. Bagaimanapun, ibu bapa Nur Sajat juga agak sukar diajak berbincang,” katanya.

Tindakan Muhammad Sajat bukan sahaja menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam tetapi turut meresahkan Mentri di Jabatan Perdaha Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusof hari ini.

Mujahid berkata, tindakan Muhammad Sajat itu boleh memberi kesan terhadap hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi.-SM

 

 

 

 

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button