Politik

PN mendahului di PRN Johor, BN bermula canggung

Hari ini adalah hari penamaan calon bagi 56 Dewan Undangan Negeri Johor.

Semua parti yang bertanding telah selesai dengan senarai calon, kecuali Barisan Nasional (BN).

UMNO yang menjadi tonggak BN gagal berunding dengan MCA yang nampaknya lebih bertegas tetap mahukan 15 kerusi, iaitu mengambil kerusi yang ditinggalkan Gerakan kini di dalam Perikatan Nasional (PN).

Gembar-gembur UMNO mahu bertanding lebih banyak kerusi iaitu 42, demi mengangkat ketuanan Melayu hanya tinggal retorik politik.

Kesombongan UMNO berjaya direnggut oleh MCA apabila mereka enggan mengumumkan calon bersama-sama dengan MIC dan UMNO.

Dalam rundingan sukar yang disifatkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu, akhirnya UMNO terpaksa mengendurkan ego dengan hanya bertanding 37 kerusi.

 

Sejak 24 Jan 2022 UMNO masuk mood kempen PRN Johor dengan sombong umum akan tanding 42 kerusi. Secara sombong Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Pengarah Pilihanraya PRN Johor umumkan UMNO akan ambil kerusi kerusi komponen yang lemah konon ke arah perkukuh UMNO dan kuasa Melayu.

UMNO juga buat kali pertama dalam sejarah, tak sampai 24 jam umum calon, mereka umum tukar nama calon Tg. Surat dan Sg Balang pula. Ini adalah kesan pengumuman nama calon disambut protes oleh jentera UMNO di perbagai peringkat. UMNO kini sedang berusaha giat menenangkan keadaan jentera sendiri.

Nampaknya UMNO dan BN memulakan kempen PRN Johor dengan celaru dan bergaduh sesama sendiri. Naratif kestabilan hanya ilusi bohong dijaja mereka.

Kononnya pergeseran ibarat ‘carik-carik bulu ayam’, namun hakikatnya habis bulu dicarik.

Alhamdulillah Perikatan Nasional telah mendahului fasa pertama Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan membariskan senarai calon yang profesional, berpendidikan dan berpengalaman di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor.

Ketua Penerangan Pas Pusat Ir. Khairil Nizam Khirudin mengucapkan selamat maju jaya dan selamat berjuang buat rakan-rakan calon Perikatan Nasional yang terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

”Pesan saya kepada semua calon Perikatan Nasional, bergeraklah ke medan jasa dengan niat yang benar bagi membentuk sebuah Kerajaan yang berintegriti dan berjasa untuk agama, bangsa dan negara. Insya Allah dengan sokongan jentera yang bersedia membantu,misi kita akan berjaya.

”Kepada kesemua calon yang akan bertanding kelak, bertandinglah dengan budi dan akhlak yang luhur menggunakan ruang dan peluang yang diberi melalui jalan demokrasi ini. Jangan kita cemari lunas demokrasi ini dengan budaya politik samseng, korup dan tidak bermaruah yang akan memecahbelahkan keharmonian di Johor.

“Kepada seluruh bangsa Johor, nilailah dengan hati yang terbuka, matang dan bijaksana. Ayuh, bersama Perikatan Nasional kita membentuk sebuah kerajaan negeri yang prihatin dan berkebajikan dengan asas integriti dan ketelusan,” katanya.

Demi masa depan bangsa Johor, undilah Perikatan Nasional, katanya.

(Visited 1,334 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button