Bola SepakSukan

TYT lancar jersi baharu Melaka United

MELAKA 25 Feb. – Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam menyempurnakan majlis pelancaran jersi Melaka United (MU) di Stadium Hang Jebat di sini malam ini.

Jersi baharu MU yang masih mengekalkan warna hijau dengan corak berlainan musim lalu bagi mengharungi cabaran saingan Liga Super Mac ini.

Bagi jersi untuk perlawanan di tempat lawan pula pemain MU akan memakai jersi berwarna merah.

Majlia tersebut turut dihadiri pemilik MUFC, Datuk Seri Justin Lim dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)  negeri, VP Shanmugam.

Dalam majlis tersebut turut diperkenalkan barisan 27 pemain membabitkan 16 muka baru dan 11 pemain musim lalu yang dikekalkan.

Turut diperkenalkan ialah jurulatih baharu, Risto Vidakovic berasal dari Bosnia Herzegovina.

Serentak dengan itu juga MU akan menentang Selangor dalam perlawanan persahabatan merebut Piala TYT 2022.

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button