Nasional
PM ucap tahniah kepada kontinjen Sukan Para Asean Malaysia
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia kerana berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para Asean (APG) 2023.
“Berbaki tiga hari sebelum majlis penutup (Jumaat), saya percaya atlet kita akan terus mempamerkan aksi cemerlang di Kemboja,” katanya menerusi catatan di Twitter malam tadi.
Pingat emas ke-33 disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming-Brady Chin dalam acara beregu pingpong lelaki selepas menewaskan pasangan Filipina Linard Combras- Benedicto Hernandez di Dewan Pingpong, Stadium Nasional Morodok Techo di Phnom Penh, Kemboja. -SM
Baca juga : Selepas filem kini muncul pula teater Anwar