Ekonomi

PLUS, Petronas Dagangan bangunkan stesen super hidbrid pertama

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PETRONAS Dagangan Berhad untuk menjalinkan kerjasama membangunkan stesen hibrid komersial yang pertama di lebuh rayaΒ  Malaysia.

Kerjasama kedua-dua pendahulu industri lebuh raya dan sektor peruncitan tenaga bakal menyaksikan pembukaanΒ Stesen Super Hibrid atau β€˜Hybrid Super Station’ yang pertama.

Ia akan menjadi penanda aras perkhidmatan lebuh raya di negara ini dan memberikan lebih keselesaan dan pilihan kepada pengguna.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad yang hadir bagi menyaksikan majlis menandatangani MoU yang diadakan baru-baru ini menyatakan sokongan Kerajaan terhadap kolaborasi strategik ini.

β€œKerjasama strategik PLUS dan PETRONAS Dagangan ini merupakan salah satu projek berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat, khususnya pengguna lebuh raya.

“Dengan wujudnya Stesen Super Hibrid, rakyat yang menggunakan lebuh raya bakal menikmati perjalanan yang lebih selesa dengan pelbagai pilihan sepanjang perjalanan mereka. Kerjasama di antara PLUS dan PETRONAS
Dagangan adalah selari dengan konsep MADANI yang boleh membantu menggalakkan ekonomi
negara dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat,” kata Hasnol.

Turut hadir menyaksikan majlis ituΒ  ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, Datuk Zahrul Hakim Abdullah; Pengerusi PLUS, Datuk Mohamed Nasir Ab Latif; Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran PETRONAS, Datuk Sazali Hamzah; Pengarah Pemantauan Operasi, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Ir. Mohd Shahrir Amin Ahmad, pegawai-pegawai kanan Kementerian Kerja Raya Malaysia, Lembaga Lebuhraya Malaysia, PLUS dan PETRONAS Dagangan.

Stesen Super Hibrid yang bakal diwujudkan di lebuh raya ini menyediakan perkhidmatan mobiliti menyeluruh seperti stesen petrol dan diesel berskala besar termasuklah stesen pengecasan pantasΒ (DCFC) untuk pengguna kenderaan elektrik (EV).

Selain itu, ia turut menyediakan kemudahan-kemudahan awam yang lebih selesa, perkhidmatan runcit serta ruang makanan seperti gerai makan,Β kafe, restoran dan sebagainya.

Pembangunan stesen hibrid ini juga memberi penekanan terhadap kelestarian menerusi reka bentuk bangunan yang efisien tenaga hingga ke penyertaan ruang hijau dan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Sebagai salah satu mercu mercu tanda terbaharu di lebuh raya, stesen hibrid ini bakal menjadi destinasi tersendiri dan menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih baik.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, β€œSebagai pengendali lebuh raya utama di Malaysia dan rakan strategik negara, PLUS komited untuk menghubungkan komuniti bagi mencorakkan masa hadapan yang selamat dan lestari.

“PLUS dengan sokongan Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pemain industri utama memainkan peranan dalam mengintegrasikan prinsip inovatif dalam operasi kami untuk membangunkan ekosistem lebuh raya pintar dan lestari.

β€œPembangunan Stesen Super Hibrid ini akan memacu pelaksanaan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon negara.

“Selain itu, penyediaan stesen hibrid ini juga dapat memperluaskan kemudahan perkhidmatan mobiliti kami bagi menambahbaik pengalaman pengguna lebuh raya, di samping memberi peluang kepada mereka untuk menikmati amalan kelestarian sepanjang perjalanan mereka,” katanya.

Dengan menggabungkan kepakaran dan sumber kedua-dua pihak, ia boleh membantu untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dan kemudahan kepada pengguna lebuh raya dengan lebih efisien.

Pembangunan stesen hibrid ini juga menandakan satu pencapaian penting bagi menyediakan infrastruktur yang lebih lestari dan berfokus kepada pengalaman perjalanan pengguna yang lebih baik sepanjang Lebuhraya PLUS.

Mengulas tentang kerjasama ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan, Azrul Osman Rani berkata, β€œDi PETRONAS Dagangan, kami sentiasa meneroka peluang untuk menambah baik pengalaman pelanggan selari dengan komitmen syarikat untuk menjadikan kehidupan lebih mudah dan bermanfaat.

“Setiap touch point Stesen Super Hibrid ini akan direka bentuk dengan mengambil kira trend serta keperluanΒ  pelanggan.

“Kami yakin kolaborasi antara PETRONAS Dagangan dan PLUS akan meningkatkan keselesaan, kemudahan danΒ  inovasi berfokuskan pelanggan, yang akan mengubah pengalaman pelanggan di lebuh raya,” katanya.

Lembah Klang telah dikenalpasti sebagai lokasi perintis untuk pembangunan fasiliti hibrid ini.

Dengan keluasan lebih daripada 30,000 kaki persegi, ia mensasarkan pembangunan untuk menyediakan fasiliti yang lengkap dan selesa kepada pengguna lebuh raya.

Kejayaan projek ini berpotensi membuka ruang untuk pengembangan perkhidmatan lebih meluas di seluruh negara.

Secara keseluruhan, fasiliti stesen hibrid baru ini bakal memberi nafas baharu kepada konsep stesen minyak, mengintegrasikan perkhidmatan bahan api yang menyeluruh termasuk EV, kemudahan awam yang selesa, pilihan runcit serta makanan dan minuman yang lebih meluas, serta pendekatan amalan lestari yang lebih hijau. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button