PKR Perlis umum enam muka baharu tanding DUN
PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan enam muka baharu termasuk seorang graduan kejuruteraan awam berusia 23 tahun sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Kangar, petang ini.
Pengumuman dibuat oleh Pengerusi Pimpinan Negeri (MPN) Perlis, Nurul Izzah Anwar di Kangar.
Calon paling muda iaitu Muhammad Syahmi akan bertanding di kerusi Tambun Tulang.
Lima lagi muka baharu adalah
Natthavuth Seng, 26 (Chuping),
Amran Kamaruddin, 58 (Mata Ayer), Azhar Ameir, 47 (Pauh), Hasparizal Azizan, 43 (Guar Sanji) dan Amran Darus, 57, (Simpang Empat).
Sementara itu, tiga lagi calon akan mempertahankan kawasan masing-masing.
Ia melibatkan Asrul Nizam Abdul Jalil, 45 (Sena), Gan Ay Ling,47 ( Indera Kayangan) dan Nor Azam Karap, 37 (Kuala Perlis). – SM