GajetUlasan

Pixel Watch mungkin akan menggunakan Wear OS 3.1

PIXEL Watch adalah jam tangan pintar Wear OS yang kita sudang kedengaran sejak beberapa tahun lalu. Namun kewujudan jam ini masih belum kelihatan.

Jam ini dikatakan akan dilancarkan di acara Google I/O 2022 akan datang, dijana cip Exynos dan akan menyertakan Google Assistant generasi baharu.

Ia juga dijangka akan hadir dengan beberapa ciri Fitbit, memandangkan Fitibit sudah pun dimiliki Google dan mempunyai reputasi baik dalam penjejakan dan pemantauan kesihatan.

Informasi terkini daripada Evan Blass, iaitu blogger terkenal adalah Pixel Watch atau jam tangan pintar dengan kod nama Pixel Rohan ini akan menggunakan Wear OS 3.1.

https://twitter.com/evleaks/status/1514941722815610888?s=20&t=ezpfDM7BZAtBDE4h9nPxbw

Wear OS yang terkini adalah versi 3.0 sama seperti yang digunakan oleh Samsung Galaxy Watch4 secara eksklusif.

Namun sumber lain turut berpendapat Google mungkin akan menggunakan Wear OS lebih terkini berbanding apa yang telah didedahkan ini. Tidak pasti juga, adakah Wear OS 3.0, 3.1, 3.2 atau yang OS lain untuk jam-jam tangan pintar yang telah dijanjikan akan menerima kemaskini ini.

Ada kemungkinan juga, versi Wear OS baharu ini jika diberikan kepada Samsung secara aksklusif, maka akhirnya apakah Google Assistant akan menyokong tindakan ini?  – SM

Ingin memiliki Samsung Galaxy Watch4 > Klik sini

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button