Nasional

Pilihanraya Padang Serai ditangguhkan

PILIHAN raya umum ke-15 bagi kerusi parlimen Padang Serai telah ditangguhkan berikutan kematian mengejut seorang calonnya, M. Karupaiya.

Semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), MySPR Semak juga mendapati pautan kerusi P.017 Padang Serai telah dialih keluar daripada laman web tersebut.

Sementara itu, sebuah portal berita melaporkan pengundi Padang Serai yang menyemak rekod pengundian di laman web sama turut dimaklumkan mengenai penangguhan itu.

Antara lain memaparkan notis yang berbunyi: “Pilihan Raya Umum Ke-15 P017 Padang Serai ditangguhkan kerana kematian calon.”

Parlimen Padang Serai sepatutnya menyaksikan pertandingan enam penjuru antara penyandangnya, M. Karupaiya dari Pakatan Harapan (PH) menentang Hamzah Abd Rahman (PEJUANG), Datuk Sivaraj Chandran (BN), Azman Nasrudin (PN), Mohd Bakhri Hashim (WARISAN) dan calon bebas, Ananda AK.


M. Karupaiya, 69, meninggal dunia di Hospital Kulim pada Rabu, dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan lain.

SPR dijadual mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan tarikh baharu pengundian Padang Serai. -SM

 

(Visited 52 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button