Nasional

Pihak berkuasa mesti bantu rakyat patuh undang-undang

PENDEKATAN penguatkuasaan pihak berkuasa di semua peringkat kini sewajarnya berubah dan bersifat bantu rakyat.

Tindakan dilakukan oleh pihak berkuasa mungkin tidak lagi bersifat menghukum mereka yang melanggar undang-undang.

BACA > Mat Yo saman NSTP berhubung artikel memfitnah — Suara Merdeka

Tetapi, kalau ada mereka yang terus berdegil, tindakan tegas tetap perlu namun itu mungkin bukan pilihan utama.

Menerusi pengalaman yang dilalui oleh seorang peniaga ‘food truck’ Che Nah atau Minah Awang semalam, ia sememangnya sesuatu yang mungkin jarang berlaku.

Namun, itu adalah suatu ‘benchmark’ baharu dilakukan Menteri Wilayah Persekutuan , Tan Sri Annuar Musa dalam membantu para peniaga kecil dan penjaja di Kuala Lumpur.

Justeru, ‘benchmark’ itu perlu menjadi indikasi baharu dalam pelaksanaan penguatkuasaan terutama di peringkat pihak berkuasa tempatan seluruh negara.

Kita mungkin tidak tahu apakah pengalaman yang pernah dilalui oleh Che Nah sehingga dia cukup terharu, menitis air mata dan melakukan sujud syukur sebaik menerima lesen daripada menteri.

Mungkin sebelum ini Che Nah pernah berhadapan dengan detik menyedihkan dalam perniagaannya seperti dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Begitulah stigma masyarakat terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT), ‘kacau, halau peniaga dan rampas barang jika berdegil’.

BACA > Pemulihan Akhir COVID-19: Raja Muda Perlis pinta seluruh rakyat terus berdoa — Suara Merdeka
BACA > 300 pekerja AirAsia bakal diberhenti bagi kecilkan operasi — Suara Merdeka

Tetapi, dengan pendekatan dilakukan Annuar Musa semalam, stigma sedemikian mampu dihapus dan menjadikan PBT kembali sebagai satu institusi yang dihormati.

Memetik kata Setiausaha Akhbarnya, Tun Faisal Ismail Aziz, tiada apa yang salah jika pihak berkuasa membantu rakyat.

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

“Bantu rakyat, selagi kita membantu rakyat, kita tak mungkin buat benda yang salah,” katanya ringkas ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

Tambahnya lagi, semakan semula terhadap pelaksanaan penguatkuasaan PBT khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dilakukan.

Semakan berkenaan pastinya mencari kaedah yang boleh membantu rakyat mematuhi undang-undang.

“DBKL masih perlu dibetulkan, banyak perkara kena dilihat semula,” ujarnya.

Sebelum ini Annuar Musa melalui ciapan dalam Twitternya menceritakan detik ‘menangkap’ Che Nah yang berniaga tanpa lesen.

Namun, apa yang dikata dan dilakukan beliau memberi kesan bukan sahaja kepada Che Nah, tetapi rakyat Malaysia.

BACA > Sorok dadah dalam mainan pun kantoi — Suara Merdeka
BACA > KKM jawab isu PKP tidak ikut lunas undang-undang — Suara Merdeka

“Semoga terus maju cari rezeki lesen boleh diuruskan nanti,” ciap Annuar. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button