Lifestyle

RR Raya Pop-Up Store: Eksklusif di IOI City Mall dengan Tawaran Sehingga 70%!

DENGAN komitmen terhadap rekaan berkualiti dan eksklusif, RR by Rizman Ruzaini terus menjadi jenama pilihan utama penggemar fesyen tempatan.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, jenama ini kembali mencuri perhatian dengan koleksi eksklusif Empress serta Basic Kurung Pleated yang bakal melengkapkan gaya pelanggan setia pada pagi Syawal.

Pengalaman Beli-Belah Berbeza di RR Raya Pop-Up Store, IOI City Mall

Bagi menghargai sokongan peminat, RR by Rizman Ruzaini tahun ini memperkenalkan RR Raya Pop-Up Store di IOI City Mall, Putrajaya, menawarkan pengalaman beli-belah yang berbeza dan lebih menarik kepada pelanggan.

Lebih istimewa, pop-up store ini turut menawarkan potongan harga sehingga 70% bagi produk terpilih, menjadikannya peluang terbaik untuk mendapatkan koleksi idaman pada harga berpatutan.

Menurut Rizman, walaupun ini merupakan kali pertama pop-up store RR by Rizman Ruzaini dibuka di IOI City Mall, sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

“Kami memang mempunyai butik fizikal di pusat membeli-belah ini, tetapi ini adalah pertama kali pop-up store dibuka di lokasi ini. Kami akan berada di sini selama sebulan, dengan pelbagai tawaran istimewa termasuk diskaun bagi koleksi terdahulu dan terbaru. Jadi, bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman beli-belah yang selesa, boleh datang ke sini untuk mendapatkan koleksi RR by Rizman Ruzaini,” katanya.

Selain di IOI City Mall, koleksi RR by Rizman Ruzaini juga boleh didapati di Absolut Bazaar @ MITEC, Kuala Lumpur pada 21 Mac ini.

Sebagai antara pelopor pakaian raya eksklusif pada harga mampu milik, Rizman menegaskan bahawa walaupun jenama ini mempunyai segmen tersendiri, RR by Rizman Ruzaini kekal menjadi elemen penting dalam perniagaannya.

“Saya tidak dapat nafikan sokongan luar biasa daripada pelanggan setia RR by Rizman Ruzaini. Tahun ini, kami telah merancang beberapa perubahan yang bakal membawa jenama ini ke tahap yang lebih tinggi. Saya yakin sudah tiba masanya RR by Rizman Ruzaini tidak hanya menjadi pilihan bermusim, tetapi relevan sepanjang tahun,” jelasnya.

Dalam memastikan pelanggan terus mendapat yang terbaik, koleksi Empress yang ditawarkan tahun ini direka secara eksklusif dan terhad.

“Koleksi ini diinspirasikan daripada pelanggan kami sendiri. Secara peribadi, saya melihat mereka sebagai ‘maharani’, maka Empress direka khas untuk melengkapkan penampilan mereka pada hari istimewa,” tambah Rizman.

Dengan tawaran menarik dan koleksi eksklusif, RR by Rizman Ruzaini terus mengukuhkan jenamanya sebagai jenama fesyen pilihan utama bagi mereka yang ingin tampil elegan dan bergaya di Aidilfitri ini.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button