Lifestyle

Shopping Awal Tak Kalut! Gerobok Biru Gegak Gempita Raya 2025 di WTC

ACARA jualan raya paling dinanti, Gerobok Biru Gegak Gempita Raya, akan berlangsung di WTC Kuala Lumpur dari 14 hingga 24 Mac 2025. Selama 11 hari berturut-turut, festival ini bukan sekadar ruang membeli-belah, tetapi sebuah pengalaman penuh kemeriahan yang menggabungkan elemen perayaan Hari Raya serta festival makanan dalam satu acara gilang-gemilang. Dengan slogan utama “Shopping Awal Tak Kalut”, festival ini memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat persiapan raya dengan lebih tenang dan teratur.

Menariknya, acara ini bakal mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai festival raya terpanjang dan terlama di Malaysia. Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang luar biasa, malah berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi cabutan bertuah harian yang menawarkan lebih 300 gold coin serta hadiah utama berupa sebuah kereta elektrik (EV Car), menjadikan festival ini lebih eksklusif.

Selain menjadi destinasi utama bagi persiapan raya, festival ini turut dimeriahkan dengan persembahan artis popular setiap malam, memberikan hiburan berkualiti kepada para pengunjung. Tidak ketinggalan, sebanyak 80 booth makanan eksklusif dari Rasa Fusion Food Festival akan menyajikan pelbagai juadah istimewa, menjadikan acara ini unik kerana ia menggabungkan pameran jualan raya dengan festival makanan sepanjang bulan Ramadan.

Sebagai tambahan, festival ini turut menyediakan live booth percuma untuk vendor terpilih serta sesi podcast harian yang membincangkan pelbagai topik menarik berkaitan persiapan raya dan trend terkini. Lebih menarik lagi, acara ini bakal menampilkan jenama-jenama terkenal seperti Prima Valet bersama barisan duta mereka, selain kehadiran selebriti serta influencer popular seperti Ashraf Muslim, Kak KM, Emy Takal, Ifik Takal, Bella Hanna, Aisyah Rahim, Nurul Ellyna, Iddin Ramli dan ramai lagi, yang pastinya akan menarik lebih ramai pengunjung.

Dalam sidang media yang berlangsung pada Isnin, 10 Mac 2025 di Marble Stage, Level 2, WTC Kuala Lumpur, pihak penganjur, Mivas City Sdn Bhd bersama rakan strategik, akan berkongsi butiran lanjut mengenai aktiviti-aktiviti menarik serta kejutan khas yang telah disusun sepanjang festival ini.

Gerobok Biru Gegak Gempita Raya bukan sekadar sebuah festival jualan, tetapi satu platform yang menampilkan keunikan budaya, gaya hidup dan tradisi rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan seperti fesyen raya, biskut tradisional, peranti elektronik, hiasan rumah, produk kecantikan dan banyak lagi di bawah satu bumbung.

Acara ini turut mendapat sokongan padu daripada WTC Kuala Lumpur sebagai Official Venue, Specta sebagai Strategic Partner, Rasa Fusion Food Festival sebagai Official Food Festival, Ombak Exclusive sebagai Official Printing Partner serta VNM Studio sebagai Official Media Partner.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kemeriahan Gerobok Biru Gegak Gempita Raya! Untuk maklumat lanjut, hubungi Mivas City Sdn Bhd melalui e-mel di [email protected] atau ikuti laman media sosial mereka di TikTok, Facebook dan Instagram: @gerobokbiru.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button