Luar Negara

Pesawat Ukraine terhempas di Iran

PESAWAT jenis Boeing 737 dari milik syarikat penerbangan Ukraine terhempas dekat kawasan berhampiran Tehran di Iran.

176 penumpang dan anak kapal dilaporkan terkorban dalam nahas itu selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini menuju ke Kyiv pada pukul 5.15 pagi waktu tempatan (9.45 pagi waktu Malaysia).

Menurut media tempatan, salah satu enjin pesawat berkenaan dilaporkan terbakar.

Akibat masalah tersebut, pesawat berkenaan dilaporkan hilang kawalan sebelum terhempas dekat kawasan pinggir bandar Tehran, Parand.

Bagaimanapun, Ketua Organisasi Penerbangan Awam Iran, Ali Abedzadeh dilaporkan enggan menyerahkan siasatan dan kotak hitam kepada Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menzahirkan dukacikta terhadap tragedi berkenaan dan mengarahkan pasukan mencari dan menyelamat ke Iran malam ini.

Pesawat 752 Ukraine International Airlines terhempas ketika konflik ketenteraan dan ketegangan antara AS dengan Iran.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarang airlineratings.com, Geoffrey Thomas, kemalangan itu akibat masalah teknikal.

“Pesawat alami masalah enjin, mungkin berlaku letupan dalam pesawat,” katanya kepada Al Jazeera.

Beliau bagaimanapun menolak alasan pesawat itu terhempas akibat serangan pengganas. – AGENSI

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button