Politik

Pesakit Covid-19 berhak mengundi – Fuziah Salleh

PENGARAH Jabatan Pilihan Raya Pusat KEADILAN (JPRP), Fuziah Salleh berkata, pesakit Covid-19 juga berhak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

Beliau dalam satu kenaytaannya berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan (KKM) patut bertanggungjawab untuk memantau perjalanan PRN Johor mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“SPR telah mengeluarkan kenyataan media semalam, 7 Mac berkenaan SOP Pencegahan Covid-19 bagi pelaksanaan PRN Johor hanya lima hari menjelang hari mengundi, 12 Mac,

“Namun tiada SOP berkenaan tatacara pesakit-pesakit Covid-19 yang positif untuk melaksanakan hak mereka sebagai pengundi,” kata Fuziah.

Beliau berkata, sehingga kini, hanya berbaki empat hari sahaja lagi menjelang hari pengundian, pihak SPR tidak mengeluarkan sebarang SOP untuk pengundi yang disahkan positif Covid-19.

Lantaran itu, Fuziah bertanya kepada pihak SPR, bagaimanakah nasib pengundi positif Covid-19 ini?

“Jabatan Pilihan Raya Pusat KEADILAN mendesak agar SOP pesakit Covid-19 untuk mengundi haruslah dikeluarkan segera,” katanya.

Katanya lagi, pihak JPRP KEADILAN kesal dengan kelewatan ini yang seolah-olah menggambarkan bahawa undi pesakit Covid-19 turut dikuarantinkan. – SM

(Visited 260 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button