Politik

87 peratus tunai tanggungjawab pengundi awal PRN Johor

PROSES mengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 telah berlangsung hari ini dengan  87% atau 18,625 orang pengundi menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi awal.

Mereka terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis dan pasangan dan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Indera Ikmalrudin Ishak dalam kenyataannya, merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Pihak Berkuasa Tempatan, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya. – SM

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button