Politik
Persidangan serentak tiga sayap UMNO bermula
HARI kedua Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2022 pagi ini dimulakan dengan persidangan serentak tiga sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri.
Malam tadi telah sempurna majlis pelancaran PAU2022 bertempat di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan.
Persidangan tiga sayap hari ini tentunya dibentangkan perkara yang memberikan hala tuju parti khususnya berkaitan dengan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wanita 191 mempunyai bahagian dan Pemuda 189 bahagian telahpun bermula bersidang. – SM