BeritaNasional

Perlis negeri paling selamat di jalan raya

PERLIS diiktiraf negeri paling selamat di jalan raya di negara ini dengan kadar kemalangan 0.3 peratus, jauh lebih rendah berbanding negeri-negeri lain sehingga penghujung 2019.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata tahun lepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menobatkan Perlis sebagai negeri paling rendah kadar kemalangan dan beliau berharap pencapaian itu akan terus dikekalkan pada tahun-tahun akan datang.

“Perbandingan dibuat bukan berdasarkan saiz negeri yang kecil tetapi dinilai berdasarkan jumlah penduduk. Ini menunjukkan tahap kepekaan rakyat  Perlis dalam mengutamakan aspek keselamatan di jalan raya adalah tinggi berbanding negeri-negeri lain,” katanya kepada media pada pelancaran Op Selamat sempena perayaan Tahun Baharu Cina di hadapan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di Kangar, hari ini.

Surina berkata dalam masa tiga hari Ops Selamat bermula 18 Jan, 836 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dan tiada kemalangan maut dilaporkan.

Op Selamat 16/2020 Tahun Baharu Cina yang berakhir pada 1 Feb ini memberi fokus  kepada kesalahan memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memandu melebihi had laju dan kesalahan  melanggar lampu isyarat. – BERNAMA

(Visited 433 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button