Perkahwinan Hannah Delisha tak direstui ibu?
BELUM sampai sebulan mendirikan rumah tangga, sudah timbul khabar angin berkenaan perkahwinan di antara pelakon, Hannah Delisha dan Imam Shah.
Rata-rata netizen mula beranggapan yang perkahwinan pelakon tersebut tidak mendapat restu ibunya.
Ia berikutan satu puisi serta #IbuTidakRestu yang dimuat naik di akaun Instagram @kakcikwujudku yang dipercayai ibu kepada Hannah iaitu Noor Ashikin Ahmad.
“Di suatu ketika dahulu kala tercatat sebuah hikayat cerita. Negara yang terletak diufuk khalulistiwa – Antah Berantah nama tempatnya. Di sana,tinggal seorang ibu bersama seorang anak perempuanya.
“Sang ibu pernah bernikah dengan seorang muallaf dari bangsa yang asalnya, jauh di hujung benua. Jodoh tiada berkekalan, bercerai mereka tidak lama kemudian,” tulisnya.
Seperti diketahui umum, ibu Hannah yang juga seorang penyanyi pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki Inggeris iaitu Peter Blackburne Birch yang berasal dari England.
Dalam pada itu, menerusi puisi itu lagi membayangkan seorang ibu yang telah berkorban apa sahaja membesarkan anaknya.
“Sang anak yang masih kecil,dibesarkan oleh ibunya. Termampu daya,semampu karya-Sang ibu coba berusaha. Tidak mudah,tidak sempurna-segala yang ada Sang ibu mencoba.
“Peras keringat,berbanting tulang,Sang ibu berkorban apa sahaja. Apabila dewasa. Sang anak bercinta. Cinta yang datang dengan al kisahnya. Terjadi suatu yang membelenggu, maka itu tiada restu. Sang ibu membawa diri fitnah dan tomah silih berganti.
“Salah siapa bukan inti,salah sendiri menjadi paksi. Allah senantiasa menyaksi. Pernikahan dilaksanakan dalam rahsia, ditutupi pula dengan media,” tulisnya.
Hannah dan Imam telah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari lalu di Singapura -SM