Politik

PN tanding 29 kerusi, ‘bertindih’ 3 DUN dengan BN

PERIKATAN Nasional (PN) akan bertanding 29 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah pada Pilihan Raya Negeri yang akan berlangsung hujung bulan ini.

Nama-nama calon diumumkan oleh Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor sebentar tadi.

Menurutnya 50 peratus calon yang diketengahkan merupakan muka baru.

Bagaimanapun terdapat pertembungan kerusi antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional (UMNO) di DUN DUN Tulig, DUN Sook dan DUN Paginatan.

Jelas Hajiji, mereka masih mempunyai satu hari lagi iaitu esok untuk menyelesaikan isu tersebut sebelum Hari Penamaan Calon pada Sabtu ini.

“Kita mahu menang dulu mahu ambil alih kerajaan dari Warisan. Kerajaan Warisan gagal tadbir Sabah tidak sampai dua tahun sudah jatuh. Kita  mahu membangunkan Sabah dan sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan dipimpin Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin,” kata Hajiji.

UMNO pagi tadi mengumumkan akan bertanding di 31 DUN pada PRN Sabah hujung bulan ini.

Parti-parti yang bergabung di bawah PN adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pas.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button