BeritaNasionalPolitik

Perhimpunan bekas anggota PKM adalah haram – Musa Hasan

BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan berkata, perhimpunan yang diadakan oleh bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) adalah melanggar undang-undang kerana pertubuhan itu telah diharamkan.

Di dalam hantaran ke twitternya Musa menyatakan apa sahaja diadakan berkaitan dengan pertubuhan haram, ia adalah di sisi undang-undang.

Menurut beliau walaupun sesebuah negara yang mempunyai berlainan sistem menjalinkan hubungan dari segi perdagangan tetapi tidak akan menerima ideologi sistem mereka. Contohnya perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China.

“Hubungan diplomasi juga boleh wujud diantara negara yang berbeza sistem di dalam bidang-bidang yang dipersetujui di antara negara tersebut,” katanya.

Oleh itu, katanya jika kita meraikan pejuang komunis sebagai pejuang kemerdekaan ia jelas bertujuan mengagungkan PKM dan mereka semua ahli PKM telah melakukan keganasan bersenjata terhadap rakyat Malaysia.

Beliau turut memberi contoh bagaimana dunia sehingga hari ini tidak menerima keganasan yang dilakukan oleh Nazi dan pemimpinnya Hitler.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button