fbpx
Nasional

Perdana Menteri lakukan perkara yang betul – Tok Mat

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

PENGUMUMAN pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sangat bertepatan, strategik dan sesuai dengan masa.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, fokus utama rangsangan itu adalah mengurangkan kesempitan hidup rakyat, membantu perniagaan dan melestarikan ekonomi.

“Ia sangat menyeluruh, menepati sasaran dan adil.

“Perdana Menteri telah melakukan perkara yang betul dan memberikan kepimpinan yang sangat diperlukan waktu ini.

“Semoga semua perkara yang diumumkan itu dapat segera diagih dan dilaksanakan.


“Kepada rakyat sekalian, Insya-Allah dengan sabar, kita akan berjaya dalam menempuh keadaan sukar ini,” kata Mohamad kepada Suara Merdeka.

BACA

Pakej berjumlah RM250 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri akan memberi manfaat kepada semua dengan hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat.

Sebanyak RM100 bilion lagi untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua.

“Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan. Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang.

“Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini. Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir,” tegas Muhyiddin.

Dalam pakej ini pekerja barisan hadapan yang melawan Covid-19 turut dihargai melalui pemberian elaun Kerajaan yang dinaikkan daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April 2020 sehingga wabak itu berakhir.

Pada masa yang sama, Kerajaan juga bersetuju memanjangkan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada
anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Kakitangan kerajaan gred 56 ke bawah dan pemandu ehailing pula mendapat bantuan one-off 500 ringgit bagi meringankan beban mereka.

Pekerja swasta dengan gaji 4,000 ke bawah akan mendapat Bantuan Prihatin Nasional RM1,600 sementara yang bergaji RM4,000 hingga RM8,000 mendapat RM1,000. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button