Auto TravelBerita Auto

“Perangai”, Honda e Tunku Idris digores pemandu Singapura

TUNKU Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim berkongsi insiden kereta Honda miliknya digeser sebuah BMW ketika diletakkan di depan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi di Johor semalam.

Melalui hantaran di Instagram, Tunku Idris turut berkongsi gambar bahagian keretanya yang tercalar dan gambar kereta yang melanggarnya, selain rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden itu dengan catatan ringkas “Perangai” pada hantaran tersebut.

Kenderaan Elektrik Honda e

Menerusi rakaman CCTV yang dikongsi, kejadian berlaku pada jam 2.17 petang ketika pemandu BMW bernombor pendaftaran Singapura itu hendak ke ruang parkir yang kosong.

Video berdurasi 60 saat menunjukkan pemandu lelaki keluar daripada BMW dan berlalu pergi melewati kenderaan Tunku Idris tanpa melihat sekiranya berlaku kerosakan atau tidak.

Hantaran di IG Story milik Tunku Idris semalam

Menerusi Instagram Story, Tunku Idris berkongsi imej kereta BMW nombor plat Singapura yang melanggar keretanya dan menjelaskan laporan polis sudah dilakukan perkara tersebut sudahpun diselesaikan. Difahamkan, kereta dipandu Tunku Idris merupakan model Honda e iaitu kenderaan elektrik.


Mengulas kejadian itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya mengambil maklum dan laporan polis mengenainya dibuat di Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan. “Kita akan tunggu hasil siasatan nanti,” katanya.

Artikel berkaitan > Nak menjarah sahaja kerjanya, tak ada rasa malu ke?

(Visited 110 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button