Auto TravelTravel

Nak menjarah sahaja kerjanya, tak ada rasa malu ke?

Kenderaan elektrik warga Singapura curi-curi cas di Stesen DC Shell Rechrage

BELUM pun reda isu warga Singapura mengisi petrol RON95 yang disubsidikan untuk rakyat Malaysia, kini tular pula cerita pendudukan negara jiran itu mencuri elektrik di stesen pengecas pantas (DC) Shell Recharge, Tangkak, Johor.

Insiden itu dimuat naik bos besar Shell, Shairan Huzani, juga popular dengan nama Pakcik Shell dalam akaun Instagram miliknya.

Menurut gambar yang dikongsi ‘Pakcik Shell’ di laman Instagram beliau, van BYD T3 itu menggunakan kemudahan itu secara haram.

Shell Recharge merupakan fasiliti mengecas kenderaan elektrik berbayar. Anda perlu membayarnya terlebih dahulu menggunakan aplikasi ParkEasy sebelum penghadang di petak parkir diturunkan.

Baca artikel ini > Warga Singapura siap guna ‘jack’ untuk sengetkan kereta demi isi minyak

Dari gambar yang dikongsi, van tersebut tidak diparkir dengan betul dengan penghadang masih belum diturunkan, menandakan ia dicas secara curi-curi.

Fasiliti Shell Recharge mengenakan bayaran pengesahan RM4, dan RM20 untuk setiap lima minit bagi 25 minit pertama. Kemudian caj bertukar kepada RM20 untuk setiap lima minit seterusnya.

Ini bermakna anda akan dikenakan caj RM244 sejam tanpa henti untuk penggunaan biasa.

Shell Recharge merupakan jaringan pengecas pantas yang disediakan di sepanjang laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dengan dua lokasi permulaan yang terletak di Shell Tangkak  (arah Selatan) dan Shell R&R Pagoh (arah Selatan). – SM

 

(Visited 2,440 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button