Alam SekitarNasionalNegeri

Penting tanam pokok jaga ekosistem, biodiversiti negara – Raja Muda Perlis

USAHA penanaman pokok amat penting bagi menjaga ekosistem dan biodiversiti negara termasuklah aspek kawalan mikro iklim setempat, penyimpanan karbon, kitaran oksigen, menambahbaik kesuburan tanah, mengindahkan landskap dan sebagai penampan angin, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Justeru itu, titah Baginda, adalah diharapkan supaya masyarakat di negeri ini terlibat secara langsung dalam aktiviti penanaman pokok di kawasan setempat dan sekitar.

Titah Baginda, selain itu perlu menjaga pokok yang ditanam dapat tumbuh subur di mana akhirnya dapat menambah baik landskap kawasan masing-masing serta dapat memberikan perlindungan pada sekitar.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih.

Anak kariah Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar ini akan menerima RM700 setiap seorang yang diagihkan oleh amilnya, Zulkiflly Othman.

Mengiringi Baginda, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Raja Muda dalam titah juga menggalakkan rakyat menyahut saranan Program Penghijauan Malaysia : ‘Kempen Penanaman 100 Juta Pokok’ yang bertujuan untuk memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok.

Untuk rekod, Jabatan Perhutanan Perlis menyasarkab tanam 200,000 pokok setahun dan sebanyak 1 juta pokok di sepanjang tempoh RMK-12 bermula tahun 2021 hingga 2025.

Berdasarkan rekod, penanaman pokok Perlis pada tahun lepas sebanyak 200,257 dengan melibatkan pelbagai agensi termasuk pihak swasta, NGO, pelajar dan orang awam.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah turut memaklumkan bahawa sempena Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Tentera Darat Malaysia di mana Perlis sebagai tuan rumah dari 28 hingga 30 Oktober ini, kesemua Komander-komander yang datang dari seluruh negara akan menyempurnakan simbolik penanaman pokok di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis sebagai sokongan padu serta tanda prihatin kepada inisiatif murni berkenaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button