Pendidikan

Mahasiswa dakwa Pensyarah UiTM dipaksa letak jawatan lepas lawatan ke ibu pejabat DAP

MAHASISWA Keadilan Malaysia Universiti Teknologi Mara (MKM UiTM) mendakwa seorang pensyarah universiti itu dipaksa meletakkan jawatan sebagai Penolong Reaktor UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub selepas menganjurkan aktiviti lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat DAP pada 2 Disember 2019.

Menurutnya,  Dr. Che Hamdan Che Mohd Razali yang didakwa  pensyarah Fakulti Sains Pentabiran dan Pengurusan Polisi UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub meletakkan jawatan berkenaan pada 28 Disember 2020.

Mereka mendakwa peletakan jawatan Dr. Che Hamdan sebagai Timbalan Reaktor disebabkan campur tangan politik.

MKM UiTM mendakwa lawatan ke Ibu Pejabat DAP  itu dianjurkan bagi memenuhi kriteria dalam silibus yang disedikan bagi subjek politik yang diajar oleh Dr. Che Hamdan.

“Justeru di sini jelas tiada kesalahan yang dilakukan beliau serta lawatan tersebut merupakan lawatan akademik dan berilmiah.

“UiTM sewajarnya menjadi lebih holistik dalam memastikan kecemerlangan tenaga pengajar serta kemenjadian pelajar.

“UiTM juga sepatutnya tidak lagi terhimpit oleh aturan politik sempit yang hanya mempunyai kepentingan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru MKM UiTM menuntut penjelasan pihak universiti berkaitan peletakan jawatan Che Hamdan sebagai Penolong Reaktor.

Sementara itu bekas menteri pendidikan Maszlee Malik turut menuntut penjelasan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad dan pihak pentadbiran UiTM berhubung perkara itu.

Maslee turut menuntut Kementerian Pengajian Tinggi untuk memberi jaminan terhadap kebebasan berakademik di universiti.

“Saya telah dihujani dengan ratusan mesej berhubung Dr. Hamdan.

“Saya telah ajukan kepada YBM @DrNorainiAhmad dan @VCUiTM dan masih menantikan jawapan dari mereka.

“Sementelah itu kita inginkan pihak @MOHEoffical memberikan komitment untuk terus menjamin kebebasan akademik,” ciap Maszlee di Twitternya.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button