
Raja Muda Perlis lancar buku Qudwah Hasanah sempena jubli perak pemerintahan Raja Perlis
KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenaan melancarkan buku Qudwah Hasanah Suara Hikmah bersempena sambutan jubli perak Pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Buku berkenaan merupakan kerjasama Suara Merdeka dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang padat dengan laporan portal berita sekitar program Raja Perlis, Raja Muda Perlis serta kerabat.
Fokus adalah aktiviti kayuhan MAIPs Peduli yang diketuai oleh Raja Muda Perlis dalam menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada asnaf. Liputan mencakupi dari tahun 2019 iaitu tahun penubuhan Suara Merdeka hinggalah ke program yang berlangsung pada Mac lalu.
Suara Merdeka adalah sebuah portal berita yang ditubuhkan oleh bekas wartawan Utusan Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarangnya, Borhan Abu Samah.
GALERI