Ekonomi

Felda serah pelan strategik

KUALA LUMPUR: Pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memaklumkan bahawa Pelan Strategik Dan Hala Tuju Kumpulan FELDA 2025-2030 telah diserahkan sebagaimana disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelan berkenaan menggariskan strategi utama dan pelan tindakan Kumpulan FELDA, bertujuan memperkukuh kedudukan organisasi sebagai pemangkin ekonomi negara khususnya luar bandar.

Pengurusan Kumpulan FELDA komited memastikan Pelan Strategik Dan Hala Tuju ini dilaksanakan dengan penuh dedikasi demi membentuk ekosistem yang terampil untuk semua pemegang taruhnya, jelas Felda dalam kenyataan medianya.

Tanggungjawab itu memerlukan usaha berterusan dan sokongan padu daripada semua pihak bagi memastikan kesejahteraan dan kemajuan Kumpulan FELDA terus diperkukuh.

Pelan Strategik Dan Hala Tuju Kumpulan FELDA ini telah dirangka secara terperinci menerusi enam sesi libat urus bersama pelbagai pemegang taruh.

Pelan ini memberi tumpuan kepada inisiatif-inisiatif strategik dalam pelbagai bidang. Denganpenyerahan pelan ini, Pengurusan Kumpulan FELDA menzahirkan komitmen dan kesungguhan dalam melaksanakan setiap strategi yang digariskan demi menjayakan aspirasi masa depan FELDA yang lebih berdaya saing.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button