Nasional

Ahmad Zahid negatif Covid-19

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang melakukan ujian saringan Covid-19 semalam disahkan negatif hari ini.

Hasil ujian tersebut dimaklumkan kepada beliau oleh doktor yang bertugas pada pukul 7.44 pagi tadi.

“Alhamdulillah, pagi ini saya menerima perkhabaran menggembirakan apabila keputusan ‘swab test’ yang dijalankan adalah negatif.

“Pagi ini tepat jam 7.44 pagi, doktor telah menghubungi isteri saya memaklumkan perkhabaran ini,” kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid semalam memaklumkan beliau melakukan ujian saringan Covid-19 selepas beberapa jam Ketua Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak mengesahkan bahawa dirinya positif Covid-19.

Menurut Ahmad Zahid selepas melakukan ujian saringan di sebuah hospital swasta semalam dia terus melakukan kuarantin kendiri.

“Selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Avisena, Shah Alam, saya juga melakukan kuarantin daripada isteri, anak-anak dan cucu dengan mengikuti SOP.

“Saya mendoakan anda semua menjaga kesihatan dan memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19,” kata Ahmad Zahid di media sosialnya hari ini.-SM

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button