Seorang peniaga telekomunikasi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis atas tuduhan menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui.
Teh Choon Wei, 36, meminta dibicarakan setelah dibacakan kertas pertuduhan ke atasnya.
Hakim Musyiri Peet menetapkan tarikh sebutan kes pada 15 November depan.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) Cyberjaya, Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala tertuduh dibela olen Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Perlis, Siti Hajar Che Ahmad.
Mengikut kertas pertuduhan bahawa tertuduh pada 22 Jun 2022, pukul 5.40 petang, di sebuah premis di Utan Aji, Kangar telah menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui sebagaimana yang diketahui oleh Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu 50 unit SIM boxs tanpa jenama dan model.
Oleh itu beliau telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 16 (1) (b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang dibaca bersama Peraturan 37 Peraturan-Peraturan yang sama.
Hukuman adalah mengikut Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang membawa hukuman denda tidak nelebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. – SM
BACA Rozaid Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Perdana Menteri
BACA Kerja baik pulih menara komunikasi di Kg. Parit Shafie, Muar selesai