Politik

Pengundi Sungai Bakap hukum kegagalan kerajaan urus ekonomi kata Pas

DUA pemimpin PAS memuji kemenangan pembangkang dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan  Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap sembil menyifat ia petunjuk rakyat menolak dasar kerajaan dan kegagalannya dalam menguruskan ekonomi.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan Perikatan Nasional (PN) adalah penting dalam keadaan tidak seimbang yang dicemari oleh “proses demokrasi yang kurang upaya dan rasuah politik yang berleluasa”.

Pada pilihan raya kecil yang diadakan semalam, calon PN Abidin Ismail daripada Pas dipilih sebagai ADUN baharu Sungai Bakap, mengekalkan kerusi bagi parti itu dengan majoriti lebih besar.

Abidin memperoleh 14,489 undi untuk majoriti 4,267 undi berbanding lawan PH, Joohari Ariffin daripada PKR, yang memperoleh 10,222 undi.

Abdul Hadi berkata keputusan itu “adalah isyarat rakyat menolak kegagalan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam mengurus ekonomi dan menjaga kesejahteraan rakyat tanpa mengira umur dan bangsa”.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pengundi telah menghantar isyarat jelas kepada kerajaan perpaduan dan kerajaan negeri bahawa mereka tidak bersetuju dengan pendekatan dan dasarnya.

Fadhli berkata, ia juga jelas menolak skim subsidi diesel yang dilaksanakan baru-baru ini yang membebankan ramai pengguna.

Beliau berkata PH jelas gagal memikat pengundi walaupun kerusi Sungai Bakap adalah sebahagian daripada kawasan Parlimen Nibong Tebal, yang diwakili seorang menteri.

Fadhli berkata kemenangan PN adalah mesej kepada kerajaan Pulau Pinang untuk bersikap lebih adil dalam melaksanakan projek dan membina infrastruktur.

“Meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan bekalan air bersih adalah tidak mencukupi. Rakyat mahu jaminan dan tindakan segera, yang sepatutnya tidak menjadi masalah melihat kerajaan negeri dan persekutuan sejajar,” katanya.

Dua hari lalu, Pas menuduh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai “rasuah terang-terangan” selepas beliau berkata kerajaan akan membina dua projek di Sungai Bakap jika PH memenangi pilihan raya kecil itu.  – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button