Hiburan

Aliff Syukri kini jual kurma pula, isteri berseloroh ‘Tak Tahan’ dengan idea berniaga

DENGAN kedatangan bulan Ramadan yang semakin hampir, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi tampil dengan idea perniagaan baharu – kali ini menjual kurma.

Seperti yang ramai sedia maklum, individu berusia 37 tahun itu tidak pernah duduk diam dalam mencari rezeki. Menerusi perkongsian terbaharu isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid, Aliff dilihat sibuk menjual kurma menerusi sesi siaran langsung yang dibuatnya.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah reaksi berseloroh Shahida, yang mengakui sudah ‘penat’ dengan pelbagai idea perniagaan suaminya.

“Kurma pula? Dah habis jual jeruk, sekarang jual kurma pula. Aku penatlah. Dah tak nak dengar, pening. Nama kurma tu Medjool, nak jual kurma tapi sebut tak betul,” selorohnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri itu. Tidak kurang juga yang mendoakan agar Aliff dimurahkan rezeki dan perniagaannya terus sukses.

Artikle Berkaitan :>

Lelaki tunjuk kemaluan depan Aliff Syukri, siap bawa pisau

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button