Hiburan

Pempegaruh hilang di hutan Bandung lepas buat content paranormal

SEORANG personaliti yang dikenali sebagai Eyka dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti paranormal di sebuah hutan di Bandung, Indonesia, sejak Isnin lalu.

Khabar tersebut disahkan oleh rakannya, Ammar Nazhan, yang turut menjadi pempengaruh dan ketua kepada rombongan tersebut. Ammar berkata dia menyedari kehilangan Eyka, yang nama sebenarnya Nur Syafiqah, pada sekitar jam 2 pagi ketika mereka sedang menjalankan aktiviti paranormal di dalam hutan.

“Pada malam itu, lebih 20 orang menyertai rombongan ke kawasan tersebut, tetapi hanya tujuh individu termasuk Eyka yang masuk ke dalam hutan” jelas Ammar.

”Kami menyedari kehilangan Eyka sekitar pukul 2 pagi Isnin ketika sedang melakukan aktiviti paranormal. Dia satu-satunya perempuan yang turut serta dan pada masa itu, dia sedang datang bulan”

Menurut Ammar lagi, laporan polis telah dibuat selepas 48 jam berlalu, bertepatan dengan waktu yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Beliau juga memaklumkan bahawa pencarian sedang giat dijalankan di kawasan hutan berkenaan.

“Sebelum membuat laporan polis, kami telah melakukan pencarian. Laporan polis hanya dibuat selepas 48 jam, seperti yang disarankan pihak berkuasa di sini. Pencarian ini turut melibatkan penduduk kampung, pihak polis, dan tentera. Setakat ini, kami belum menerima sebarang maklumat terkini.

Ammar turut memaklumkan kepada keluarga Eyka di Malaysia dan mereka memberi nasihat agar tidak terburu-buru dalam mengambil sebarang langkah.

“Saya telah memaklumkan kepada keluarga Eyka dan mereka diminta untuk tidak terlalu bimbang kerana segala urusan di sini akan saya tangani sehingga Eyka ditemui’ ujar Ammar.

Kehilangan Eyka mula menjadi tumpuan di media sosial selepas Ammar berkongsi kejadian tersebut di platform TikTok miliknya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button