Nasional

Nenek ‘gelang pink’ menghidap Covid-19 dirawat di hospital

SEORANG wanita warga emas yang tular di media sosial selepas makan di sebuah restoran dengan tangannya memakai tag menandakan dia perlu menjalani kuarantin rumah disahkan menghidap Covid-19.

Wanita itu berusia berusia 72 tahun dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Memetik laporan Sinar Harian, warga emas itu telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Julai lalu.

Menurut laporan tersebut, wanita berkenaan kini sedang dirawat bersama dengan anak lelakinya yang turut dijangkiti virus berbahaya tersebut.

“Saringan pertama yang dijalankan mendapati wanita tersebut negatif, namun dipakaikan gelang tersebut serta diperintahkan menjalani kuarantin.

“Kejadian itu pula berlaku di sebuah kafe pada 6 Julai lalu bersama keluarganya setelah tiba dari Selangor untuk sarapan sebelum menjalani kuarantin di rumahnya sedangkan gambar itu baharu sahaja tular kelmarin.

“Berdasarkan penjelasan daripada pihak kesihatan, volume (kandungan) virus adalah kurang dan risiko menjangkiti juga kurang,” kata laporan tersebut.

Foto wanita itu yang dipercayai melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tular di media sosial Isnin lalu sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Foto wanita tersebut yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Jaya di Ipoh, Perak jelas menunjukkan gelang tangan (wristband) berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan beliau di bawah kuarantin Covid-19.

Susulan penularan rakaman itu, pemilik kafe berkenaan tampil membuat kenyataan di laman Facebook bagi menepis tohmahan bahawa premis tersebut gagal melakukan tapisan ke atas pelanggan. -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button