Nasional

Nama HRDF perlu diubah – M. Saravanan

NAMA agensi kerajaan, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) yang menggunakan akronim iaitu HRDF (Tabung Pembangunan Sumber Manusia) perlu diubah.

Ini ekoran wujud kekeliruan dalam kalangan pelbagai organisasi dan syarikat dalam berurusan dengan badan kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia itu.

“HRDF perlukan penjenamaan semula selari dengan fungsi dan peranannya membantu dalam pembangunan sumber manusia negara.

“Ini kerana terdapat kekeliruan dalam penyampaian dan penerimaan oleh agensi dan syarikat yang beurusan dengan HRDF.

“Ketika Pertubuhan Kebajikan Sosial Pekerja (Perkeso) cadang pelaksanaan saringan penyakit Koronavirus (Covid-19), ramai pihak tampil dengan permohonan berkaitan dan penyediaan kit ujian.

BACA > Pemuda UMNO gesa tubuh RCI Tabung Haji siasat dakwaan PH — Suara Merdeka

“Apabila, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif kerajaan dalam pembangunan latihan sumber manusia, ramai pihak beralih kepada aktiviti latihan.”

Demikian kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dalam ucapan pelancaran program Inisiatif Penjana HRDF di ibu pejabat Kementerian Sumber Manusia, hari ini.

Beliau berkata, perubahan itu perlu dilakukan dalam memastikan penyelarasan berdasarkan fungsi disampaikan kepada masyarakat dengan tepat.

Bagaimanapun, M. Saravanan tidak menjangka perubahan itu perlu berlaku dalam masa yang terdekat.

Sebaliknya fokus kini kepada penyelesaian masalah pengangguran negara dalam pasca pandemik Koronavirus (Covid-19).

BACA > Covid-19: 15 kes baharu termasuk 12 kes kluster Pedas — Suara Merdeka

“Sebagai permulaan, saya meminta HRDF melaksanakan program penempatan pekerja sebelum menjalani latihan.

“Berbanding sebelum ini, para pelatih yang diberi latihan melalui HRDF tidak ditempatkan di industri terlebih dahulu.

“Hal demikian menyebabkan wujud dalam kalangan mereka apabila selesai menjalani latihan tidak bekerja dan ada yang masih menganggur.

“Ini merupakan impak yang tidak baik dan ia perlu diubah kepada penempatan dan latihan iaitu memastikan pelatih diberi penempatan dahulu.

BACA > Sasar 40,000 pekerjaan menjelang hujung 2020

“Justeru, menerusi Inisiatif Penjana HRDF, pada peringkat awal pemulihan ekonomi sehingga hujung tahun ini mereka akan menyediakan peluang pekerjaan yang perlu direbut rakyat Malaysia,” jelasnya. SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button