Hiburan

Nabila Huda perli Nad Zainal

Umum mengetahui dua orang pelakon wanita, Nabila Huda dan Nad Zainal sebelum ini pernah berkawan baik namun baru-baru ini timbul isu hubungan mereka dikatakan menjadi renggang secara tiba-tiba.

Tindakan Nabila yang mempersoalkan “siapa” Nad pada ruangan komen portal hiburan dan temu ramah yang tersebar di media sosial sekali gus mencetuskan persoalan mengenai hubungan dingin mereka.

“Dia pelakon ke? Saya tidak pernah kenal dia.

“Mungkin saya pelupa sebab pernah dijangkiti Covid-19 sebanyak dua kali tetapi yang pasti, memang tidak kenal dan tidak tahu siapa dia,” katanya yang penuh sinikal.

Dalam masa yang sama, dia juga menunjukkan dirinya telah disekat (block) oleh Nad dalam Intagram.

Anak kepada Amy Search, Nabila Huda meninggalkan ruangan komen di portal hiburan baru-baru in

“Kalau saya kawan dia, dalam Instagram pasti ada. Saya kena block padahal tidak kenal pun.

“Seperti kes Masya Masyitah yang saya jujur tak kenal dan sama juga dengan isu ini. Maaf sangat betul-betul tak tahu mengenai dia,” ujarnya.

Selain itu media juga sempat temu bual isteri kepada Ungku Ismail, bagaimanapun dirinya enggan mengambil kisah dan mengusutkan pemikiran dengan isu remeh seperti pergaduhan dalam persahabatan dan cuma mahu fokus kepada keluarga serta anak yang bakal dilahirkan.

Isu bermasam muka itu mula bertebaran selepas Nad pulih daripada koma akibat pendarahan dalam paru-paru sebelum mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Ungku Ismail Januari lalu.

Nad Zainal bersama anak-anak dan suaminya Ungku Zainal

Bukan Sahaja Nabila yang terkena terpias malah beberapa artis lain juga turut membabitkan seperti Sherry Alhadad, Marsha Milan dan Sharifah Sakinah. 

Artikle Berkaitan:>

Dramatis Nad Zainal kritikal, doakan yang terbaik

Peminat ‘intai’ perut buncit, Nad Zainal nafi dakwaan hamil

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button