Politik

PM Anwar tingkat kerjasama negeri, persekutuan demi kebajikan rakyat

Kerjasama padu antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu terus dipertingkatkan dan diperhebatkan lagi demi kebajikan rakyat yang perlu sentiasa diutamakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu beliau tegaskan sewaktu pertemuan berasingan dengan Menteri Besar Perlis, Kedah dan Pahang dan Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini.

“Saya turut menerima warkah persilaan dari Menteri Besar Perlis sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang dijadual berlangsung pada 17 April 2025.

“Saya titipkan pesanan, pastinya, segala perancangan jangka pendek dan panjang, perlu mengambilkira kepentingan rakyat yang dahagakan pembangunan tanpa melupakan prinsip manusiawi dan menuntut pentadbiran yang menjaga rakyatnya, yang menguatkuasakan undang-undang secara adil, dan yang beroperasi dengan telus,” katanya dalam hantaran ke media sosial.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button