Hiburan

Murahnya hati selebriti Korea

BUKAN sahaja berhadapan dengan pandemik Covid-19, tetapi Korea Selatan kini terpaksa bertarung dengan situasi hujan berterusan yang menyebabkan tanah runtuh dan banjir.

Sehingga kini, sebanyak 15 orang telah terkorban dan lebih 1,500 orang telah diarahkan berpindah dari rumah kerana dikhuatiri berlaku tanah runtuh dan banjir.

Peka dengan apa yang berlaku, barisan selebriti Korea Selatan mula menyampaikan sumbangan dalam bentuk kewangan untu membantu pasukan sukarelawan dan mereka yang memerlukan.

Korea Disaster Relief Association mendedahkan bahawa Kim Jong Kook telah menndermakan wang berjumlah RM176,000 sebagai bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Malah, jumlah wang yang didermakan itu langsung tidak diketahui oleh agensi kepada pelakon dan ahli program Running Man itu.

BACA> Sedih..guna pelitup muka kotor, berjahit, berulang kali

Selain itu, pasangan pelakon, Shin Min Ah dan Kim Woo Bin juga dilaporkan telah mendermakan wang berjumlah hampir RM170,000 seorang kepada Yayasan Community Chest Of Korea.

Pasangan ini juga sebelum ini memberi sumbangan kepada yayasan tersebut untuk sumber kewangan untuk mengekang penularan Covid-19 di negara tersebut.

Pelakon wanita, Kim So Hyun juga dilaporkan menderma sebanyak RM70,000 kepada Korea Disaster Relief Association.

Ini bukan kali pertama So Hyun mendermakan wangnya. Malah sebelum ini, dia pernah membantu daripada segi kewangan terhadap mangsa kebakaran hutan Gangwon dan bantuan untuk mengekang penularan Covid-19.

Sementara itu, Changmin daripada kumpulan TVXQ juga menurut Childfund Korea mendedahkan yang penyanyi itu telah mendermakan sebanyak RM106,000 untuk membantu kanak-kanak yang terlibat dengan banjir.

BACA> Minta rekaan baju percuma, Cromok dihentam netizen

Menurut organisasi itu, bantuan kewangan Changmin akan digunakan untuk membaiki rumah kanak-kanak daripada keluarga yang susah.

Changmin berkata, dia berharap bantuan ini akan dapat membantu mereka untuk yang terkesan dengan bencana alam itu untuk hidup dengan lebih selesa.

Sebelum ini, Changmin turut mendermakan wang berjumlah RM194,000 kepada organisasi sama bersempena dengan sambutan Hari Kanak-Kanak tahun ini. -SM

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button