Politik
Trending

PM setuju adakan PRU mengejut?

TERDAPAT satu dakwaan mengatakan Perdana Menteri bersetuju jika Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut diadakan bagi mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau dikata menyatakan persetujuan ketika Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 4 Jun lalu.

BACA > MOTOGP 2020 bakal bermula 19 Julai — Suara Merdeka

Portal Malaysiakini yang memetik laporan The Straits Times memaklumkan, hal yang sama dinyatakan Muhyiddin dalam siri taklimat dengan ketua-ketua bahagian selepas itu.

Malah, Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi, Wan Saiful Wan Jan turut dipetik apabila memaklumkan tentang pertemuan Presiden Bersatu itu dengan pemimpin diperingkat akar umbi.

Tambah laporan itu, Muhyiddin juga dipercayai mengarahkan ahli keseluruhan supaya membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya.

“Saya sokong idea untuk mengadakan PRU secepat mungkin, selepas kita selamat dari situasi Koronavirus (Covid-19).

“Ia (PRU) akan mengakhiri propaganda mengenai keabsahan dan membantu menstabilkan kerajaan PN,” katanya.

Bagaimanapun, dakwaan demikian adalah tidak mustahil ekoran desakan beberapa pemimpin dari UMNO turut menyatakan kesediaan untuk menghadapi PRU.

BACA > COVID-19: Pelanggan boleh minta bukti dari tukang gunting rambut warga asing — Suara Merdeka
BACA > My30: RM1 sehari Prasarana tawarkan semua perkhidmatan kepada orang awam — Suara Merdeka

Malah Muafakat Nasional (MN) sebelum ini dilaporkan sedang dalam perbincangan bagi mencari kaedah pembahagian kerusi kepada UMNO dan Pas.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Negara dan bekas Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong turut menyatakan jangkaan sedemikian.

Menurutnya, Perdana Menteri mungkin akan berbuat demikian apabila meyakini tidak mendapat majoriti dalam Dewan Rakyat sebelum bersidang pada Julai ini.

“Baginya, keadaan kian terdesak dan bagi kerajaannya membentangkan Belanjawan 2021 kepada Parlimen yang tidak berubah adalah kerja sia-sia.

“Ini kerana beliau berkemungkinan ia tidak mendapat sokongan,” jelasnya lapor Suara Merdeka pagi tadi.

BACA > Sultan Johor arah siasat kain rentang anti-Rohingya di depan masjid — Suara Merdeka
BACA > Rundingan PH jadi kerajaan semula: Tak harus PM-9 jadi hak mutlak Anwar — Suara Merdeka

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 akan ditangguhkan dan hal itu mendapat tentangan daripada Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Lim Kit Siang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button