Sukan

MOTOGP 2020 bakal bermula 19 Julai

MOTOGP mengesahkan kalendar baharu musim 2020 telah dikenal pasti, menyaksikan sekurang-kurangnya 13 perlumbaan dijalankan sebelum hujung tahun bermula 19 Julai depan.

ASTRO AWANI melaporkan, saingan MotoGP musim 2020 gagal dimulakan selepas wabak coronavirus merencatkan perancangan semua jenis sukan di dunia sambil aksi pembukaan di Qatar dibatalkan ekoran kekangan penerbangan dari Itali.

Walaupun penganjur menyasarkan penghujung Julai depan sebagai tempoh untuk memulakan saingan, tujuh perlumbaan dibatalkan dan tiga lagi ditangguhkan.

Namun perlumbaan akan bersambung pada 19 Julai menerusi Circuito de Jerez yang menyaksikan dua saingan berturut-turut di Sepanyol, diikuti dengan Andalusia.
MotoMalaya: Sah: Thailand Akan Menganjurkan MotoGP Pada 2018!

Saingan akan diteruskan pada 9 Ogos depan di Brno, Republik Czeh sebelum ke Austria, San Marino, Barcelona dan Le Mans.

Empat perlumbaan terakhir akan diadakan di Sepanyol, Aragon dan Valencia sekitar Oktober dan November nanti.

Empat lagi perlumbaan di luar Eropah juga ditambah dari 22 November hingga 13 Disember melibatkan Amerika Syarikat, Argentina, Thailand dan Malaysia.

Keputusan akhir akan disahkan sebelum 31 Julai nanti.

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button